13 years ago
Mengenai DPLI
Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :
BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH) :
-Sejarah, Pendidikan Jasmani, Geografi, Pengajian Am, Kaunseling, Seni / Seni Visual, Perdagangan / Perniagaan, Pendidikan Moral, Muzik, Sivik & Kewarganegaraan, Guru Al-Quran KAA, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Elektrik dan Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Automatif, Penyejukan Penyamanan Udara, Binaan Bangunan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Computer Programming, Kemahiran Teknikal, Perdagangan / Keusahawanan, Tanaman Makanan, Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina, TESL.
IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.
* Calon guru akan ditempatkan setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing
* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional
SYARAT:
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan (CGPA 2.75 dan ke atas)
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.
Iklan
Wednesday, December 9, 2009
Thursday, December 3, 2009
Buku teks selaras SP, HSP
BUKU teks yang digunakan di sekolah lebih baik daripada buku rujukan komersial kerana ia selaras dengan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP).
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata buku rujukan lebih tertumpu kepada peperiksaan semata-mata berbanding buku teks di sekolah.
“Buku teks dipilih, ditulis, disusun dan disesuaikan selaras dengan SP dan HSP dengan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran serta pembelajaran bagi tujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang meminta kementerian menyatakan sejauh mana kebenaran buku rujukan komersial lebih baik daripada buku teks.
Dr Mohd Puad berkata, kaedah yang digunakan untuk menghasilkan buku teks mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
MyMetro : Khamis, 03 Disember 2009

Subscribe to:
Posts (Atom)