13 years ago
Mengenai DPLI
Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :
BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH) :
-Sejarah, Pendidikan Jasmani, Geografi, Pengajian Am, Kaunseling, Seni / Seni Visual, Perdagangan / Perniagaan, Pendidikan Moral, Muzik, Sivik & Kewarganegaraan, Guru Al-Quran KAA, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Elektrik dan Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Automatif, Penyejukan Penyamanan Udara, Binaan Bangunan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Computer Programming, Kemahiran Teknikal, Perdagangan / Keusahawanan, Tanaman Makanan, Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina, TESL.
IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.
* Calon guru akan ditempatkan setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing
* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional
SYARAT:
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan (CGPA 2.75 dan ke atas)
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.
Iklan
Saturday, October 2, 2010
Selamat berposting
Alhamdulillah semuanya telah diberi penempatan walaupun hampir separuh geraduan DPLI generasi ketiga ditempatkan di Sabah. Diharapkan semuanya tabah dan menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan sebaiknya. Tidak terlewat lagi TAHNIAH diucapkan kepada semua dan selamat bertugas. Semoga usaha dakwah kita semua diberkati dah dirahmati ALLAH.
Tuesday, March 30, 2010
2 Elaun Tambahan Guru Pedalaman
Berita harian 30 Mac 2010
MIRI: Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh. Beliau berkata, kategori baru di bawah Elaun Pedalaman itu akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.
MIRI: Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh. Beliau berkata, kategori baru di bawah Elaun Pedalaman itu akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.
Friday, February 12, 2010
Selamat berpraktikum!
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membena,
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membena,
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Thursday, January 21, 2010
Software Untuk Mengajar Tajwid
Untuk rakan-rakan sepejuangan, di sini saya pautkan untuk anda muat turun satu software yang boleh kita gunakan bagi mengajar tajwid. Moga ia dapat dimanfaatkan ketika mengajar bahagian tilawah nanti. [download]
Thursday, January 7, 2010
Tahniah

Tidak kira walaupun dimana anda ditempatkan, berusahalah dengan sedaya upaya untuk melahirkan anak bangsa yang berilmu lagi bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia. Salam ringkas dari kami pelajar DPLI generasi ke3.
Subscribe to:
Posts (Atom)